KUALA LUMPUR: Bekas calon kerusi Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Cleopatra mendakwa terkejut apabila dikatakan telah berkahwin dengan bekas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin setelah menerima sijil pernikahan dari Thailand, tahun lalu.
Sedangkan bekas calon Bebas atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, 30, berkata, dia tidak pernah ke negara jiran terbabit untuk melangsungkan perkahwinan.
Susulan itu, dia memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, mengenai kesahihan ‘pernikahan’ dan sijil nikah itu.
"Saya mahu bersihkan imej, kerana saya tidak pernah berkahwin dengan Bakri dan mahu siasatan dilakukan pihak berkuasa mengenai sijil nikah palsu itu.
“Diharap dapat selesaikannya secepat mungkin, namun saya belum buat laporan polis. Sebenarnya saya cuba nak elak (buat laporan polis) kerana tidak mahu menjatuhkan reputasi sesiapa,” katanya selepas prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.
Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili ahli perniagaan itu berkata, anak guamnya memfailkan permohonan pengesahan kononnya berlaku perkahwinan dengan Mohd Bakri.
Menurutnya, permohonan itu dibuat bagi membersihkan imej dan mencari keadilan kerana pernikahan tersebut tidak pernah berlaku.
Pada 28 Oktober tahun lalu, Nur Fathiah menyangkal dakwaan telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd Bakri.
Nur Fathiah berkata, bekas polis tertinggi itu juga bukan merupakan pengerusi kepada anak syarikat miliknya.
Sebelum itu, Nur Fathiah telah memuat naik gambar dirinya dan Mohd Bakri di Instagram ketika mereka menghadiri konsert 'Senandung Nusantara Ethnochestra oleh Erwin Gutawa dan Jay Subyakto'.
Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen malah gambar tersebut turut menerima banyak ucapan tahniah daripada orang ramai. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 05 2024
Nur Fathiah Syazwana berkata, dia tidak pernah ke negara jiran terbabit untuk melangsungkan perkahwinan. - Gambar/ Sinar Harian
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Cleopatra dan Bakri Zinin tidak pernah bernikah - Peguam
Peguam Nur Fathiah Syazwana berkata, setelah menyelidik kesahihan dokumen itu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan ia adalah palsu.
Cleopatra terkejut terima sijil nikah dengan bekas Timbalan KPN
Cleopatra mendakwa terkejut apabila dikatakan telah berkahwin dengan bekas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin setelah menerima sijil pernikahan dari Thailand, tahun lalu.
Mesir minta siri Netflix Cleopatra diharamkan
Pegawai itu menuntut agar siri itu dikeluarkan daripada platform penstriman dan diharamkan selama-lamanya, lapor akhbar itu.
PRU15: Dah la cantik, berkarisma ... boleh menang tak?
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan ramai muka baharu dipertaruhkan parti-parti politik selain yang memilih untuk bertanding atas tiket Bebas.
Batu jadi 'pesta calon' dengan pertandingan 10 penjuru, paling ramai bagi PRU15
Antara calon di kerusi Batu termasuk P Prabakaran (PH), Tian Chua (Bebas), Siti Kasim (Bebas) dan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleopatra (Bebas).
Kelahiran dan pemergian bintang ternama Hollywood tanggal 27 Februari
Hari ini, pada 27 Februari, satu ketika dahulu, dua watak tersohor Hollywood ini hadir mewarnai dunia hiburan dan pergi meninggalkan memori yang terpahat di ingatan selamanya.
"Cleopatra bukan transgender, bukan PA saya" - Syed Saddiq jawab fitnah
Syed Saddiq jelaskan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan bukan sahaja kepada dirinya bahkan pada individu bernama Cleopatra
Cleopatra Si Tapir pilih... Croatia!
Tapir yang dipelihara di Zoo Limpopo bernama Cleopatra memilih mangkuk yang dilabel bendera Croatia sebagai ramalan memenangi Piala Dunia.