awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CMAG: Malaysia dipilih sambung keahlian bagi penggal ketiga, bukti perjuang nilai tadbir baik

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2024
02:15 MYT
CMAG: Malaysia dipilih sambung keahlian bagi penggal ketiga, bukti perjuang nilai tadbir baik
Malaysia akan berkhidmat dalam CMAG bersama-sama dengan Antigua & Barbuda, Botswana, Grenada, Kanada, Malta, Mauritius, Samoa dan Zambia. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Malaysia dipilih untuk menyambung keahliannya dalam Kumpulan Tindakan Menteri-Menteri Komanwel (CMAG) bagi penggal ketiga, berturut-turut, untuk tempoh 2024-2026.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, pemilihan Malaysia diperakukan oleh Mesyuarat Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Komanwel (CHOGM) dalam Persidangan di CHOGM 2024 pada 26 Oktober, di Apia, Samoa.
"Malaysia akan berkhidmat dalam CMAG bersama-sama dengan Antigua dan Barbuda, Botswana, Grenada, Kanada, Malta, Mauritius, Samoa dan Zambia.
"Penglibatan Malaysia dalam CMAG telah bermula sejak 1995 di mana Malaysia telah berkhidmat bagi tempoh 1995-2002, 2005-2009 dan 2018-2024.
"Pemilihan Malaysia bagi kali ketiga berturut menandakan pengiktirafan Komanwel terhadap Malaysia dalam memperjuangkan nilai-nilai tadbir urus yang baik, pematuhan undang-undang dan penghayatan hak asasi manusia, selaras dengan mandat CMAG," katanya.
Untuk rekod, CMAG telah diwujudkan oleh Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Komanwel pada tahun 1995.
CMAG diberi mandat sebagai pemegang amanah bagi nilai-nilai politik teras Komanwel dan bertanggungjawab memantau, menasihat dan membantu negara-negara yang mengalami pergolakan dalaman di mana berlakunya pelanggaran ketara dan berterusan ke atas nilai-nilai yang diterajui oleh Komanwel.
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#CMAG
#komanwel
#CHOGM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan