COBRA rekod RM350 juta rampasan penyeludupan setakat Oktober

Anis Rizana (tengah) bergambar sempena Majlis Pentauliahan dan Pemakaian Beret Tim Nukleus COBRA 2025 di Lapang Sasar Utama PLPGA, Ulu Kinta hari ini. - Gambar Bernama
IPOH: Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) terus memperkukuh usaha memerangi penyeludupan apabila berjaya merekodkan rampasan melebihi RM350 juta setakat Oktober lepas.
Ringkasan AI
- Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) berjaya merekodkan rampasan melebihi RM350 juta setakat Oktober lalu, termasuk RM35 juta kes dadah, rokok, dan minuman keras serta barang lain berjumlah lebih RM20 juta.
- Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, menyatakan bahawa COBRA memiliki peranan penting dalam memerangi penyeludupan dan mengekang kebocoran hasil negara.
- Sebanyak 22 anggota JKDM menamatkan latihan intensif selama 60 hari dengan melibatkan pelbagai aspek seperti ketahanan fizikal dan mental, kemahiran senjata api, turun cenuram, dan simulasi operasi sebenar.
Anis Rizana berharap semua anggota COBRA terus mengekalkan disiplin, integriti serta profesionalisme bagi mempertahankan ekonomi dan kedaulatan negara.
Berhubung majlis itu, beliau berkata sebanyak 22 anggota JKDM berjaya menamatkan latihan intensif selama 60 hari selepas melepasi saringan ketat melibatkan 175 calon dari seluruh negara.
Anis Rizana berkata latihan antara lain melibatkan ketahanan fizikal dan mental, kemahiran senjata api, turun cenuram serta pelbagai simulasi operasi sebenar.
"Saya merakamkan penghargaan kepada polis khususnya Pusat Latihan PGA, 69 Komando dan Unit Tindakan Khas (UTK) atas kerjasama erat, bimbingan serta sokongan dalam membentuk pasukan COBRA sehingga mencapai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan tempur tinggi.
"Sinergi antara JKDM dan polis menjadi lambang kekuatan keselamatan negara melalui kolaborasi strategik antara agensi penguatkuasaan," katanya.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan persembahan demonstrasi keupayaan tempur merangkumi kawalan keselamatan peribadi, tembak taktikal dan Tempur Jarak Dekat sebelum diteruskan dengan upacara pemakaian beret.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


