awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Coklat 'Eyeglass With Candy' miliki sijil halal Jakim

Bernama
Bernama
20/03/2017
11:00 MYT
Coklat 'Eyeglass With Candy' miliki sijil halal Jakim
JAKIM: "Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera 'free from pig's products and its derivatives.' - Foto ihsan pembaca
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan coklat "Eyeglass With Candy" mengandungi bahan ramuan daripada sumber haram seperti yang tersebar di media sosial.
Bahagian Hab Halal Jakim berkata coklat berbentuk bulat dengan pelbagai warna keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd itu adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga kini.
"Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera 'free from pig's products and its derivatives' (bebas daripada produk babi dan asal usulnya)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu proses pengeluaran sijil berkenaan mengambil kira setiap ramuan dan proses berkaitan pengeluaran sesuatu produk dengan teliti, oleh pakar syariah dan teknologi makanan.
Justeru, Jakim menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna bijak bagi mengelak menyebar dan menular sesuatu isu yang bersifat fitnah tanpa disedari. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Eyeglass with Candy
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
#JAKIM
#Sijil Pengesahan Halal Malaysia
#SPHM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan