KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan sebanyak 1,114 kes baru pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 ada;ah sebanyak 46,209 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor HIsham Abdullah, peningkatan kes baharu ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,131 kes.

Dr Noor Hisham juga memberitahu COVID-19 juga meragut dua lagi nyawa pada Sabtu dan menjadikan jumlah kes kematian 306 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

"Ingin dimaklumkan daripada 1,114 kes baharu pada hari ini, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Dua kes import tersebut melibatkan seorang warganegara] dan seorang bukan warganegara yang tiba dari negara iaitu dari Indonesia an Jordan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebanyak 803 kes pulih yang menjadikan  jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 33,772 kes (73.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sementara itu, Sabah masih lagi negeri tertinggi mencatakan kes baharu dengan 391 kes, Negeri Sembilan (371), Selangor (199), Perak (53) dan Pulau Pinang (34).

Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengenal pasti, empat lagi kluster baharu iaitu Kluster Istimewa di daerah Sandakan, Sabah dan Kluster Alila di daerah Kota Kinabalu.

"Dua lagi adalah Kluster Assumption melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang serta daerah Kulim di negeri Kedah

"Dan Kluster Rajawali melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang," katanya lagi

KKM juga mengisytiharkan dua kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Bah Lunas dan Kluster Bah Bemban.

Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini