KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu COVID-19 pada Isnin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja, satu kluster komuniti dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
1) KLUSTER JALAN SUNGAI RASA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Sungai Rasa Lama, Kawasan Perindustrian Sungai Rasa, Klang.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2) KLUSTER JALAN TEKNOLOGI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Teknologi dan Taman Sains Selangor, Petaling.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 350 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3) KLUSTER PERSIARAN HULU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat pembinaan di Persiaran Hulu Selangor, Shah Alam.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4) KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN MOKHTAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Kuala Selangor.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 85 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5) KLUSTER JALAN CYBER LIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.
Kes- kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Cyber 5, Kulai.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 101 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6) KLUSTER JALAN HARMONIUM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat beli belah di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana lapan kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER SRI MENANTI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor.
Tiga kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-233861, kes ke- 233873, dan kes ke-233877) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Taman Sri Menanti, Kluang.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER LAMAN DESARU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193101) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokasi di mana kes-kes dilaporkan iaitu di Laman Desaru Coast, Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 228 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER LENGKOK PANTAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Kepong, Lembah Pantai, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID- 19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar terhadap pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang bertugas di Lengkok Pantai Baharu, Jalan Pantai Baharu, Lembah Pantai.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 122 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER BATU 38
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-229123) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat di Batu 38, Jalan Kalabakan-Keningau, Kalabakan.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
11. KLUSTER SEBANGKOI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-214538) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti dimana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Sebangkoi, Undop, Sri Aman.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 447 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
12. KLUSTER TAMAN BUKIT PETALING
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-230336) telah dilaporkan positif COVID- 19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu sebuah pusat perubatan yang terletak di Taman Bukit Petaling, Kuala Klawang.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 187 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
13. KLUSTER KAMPUNG TANDAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut dan Setiu di Terengganu.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-226873) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Tandak, Jerteh, Besut.
Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Isabelle Leong
Mon Feb 08 2021
Kluster baharu melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja, satu kluster komuniti dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. - Gambar fail
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.