PUTRAJAYA :Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti 19 kluster baharu COVID-19.
Ia melibatkan lokaliti di negeri-negeri di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Sarawak, Sabah , Kedah, Perak dan Pahang.
Berikut perincian kluster-kluster baharu seperti yang diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
1. KLUSTER RAWANG BESTARI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di Selangor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Rawang Integrated Industrial Park, Gombak.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 594 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN LAZUARDI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Lazuardi, Shah Alam.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN INDUSTRI DUA BELAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 12, Kampung Baru Sungai Buloh.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN INDUSTRI TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 3/4, Rawang Integrated Industrial Park, Gombak.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER INDUSTRI CYBER
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 14, Kawasan Perindustrian Senai 4, 16 Kulai.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 315 individu telah disaring, di mana 161 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER JALAN PELEPAS EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Pelepas 4/6, Johor Bahru.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 87 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER WAWASAN KULAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerjapekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Wawasan, Kulai.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 220 individu telah disaring, di mana 68 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
BACA: COVID-19: Kes sembuh 5,718, jangkitan baharu 2,720 dan lapan kematian
8. KLUSTER PACKAGE PENGERANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221,828) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Pengerang, Kota tinggi. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER TAPAK BINA JALAN SEGAMBUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar
pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Segambut, Kepong.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 483 individu telah disaring, di mana 173 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER UNIVISTA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Samarahan dan Kuching di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261,634) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil
saringan individu bergejala.
Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Univista Samarahan.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 184 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
11. KLUSTER GELONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kapit di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-264,023) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan kendiri.
Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Sri Gelong, Jalan Selirik, Kapit. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
12. KLUSTER JALAN GERONGGANG
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254,747) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil
saringan komuniti. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Geronggang, Sibu.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
13. KLUSTER KAMPUNG SUNGAI MAONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261,632) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Sungai Maong, Kuching.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
14. KLUSTER KIDURONG DUA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254,739) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala yang bekerja di Kidurong Dua, Bintulu.
Kluster ini melibatkan ahli keluarga dan kontak rapat kes indeks.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
15. KLUSTER JALAN APAS EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau dan Kalabakan di Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-201,599) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil
saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan dua buah kilang yang terletak di Tawau.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks yang terletak di Jalan Apas 4.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 390 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
16. KLUSTER SIMPANG TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Belud, Kota Marudu, dan Pitas di Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-240,454) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021
hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Simpang Tiga, Kudat.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
17. KLUSTER JALAN KAYU MANIS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-226,338) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak berdekatan dengan Jalan Kayu Manis, Seri Manjung.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 34 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
18. KLUSTER JALAN DAY
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kubang Pasu di Kedah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251,281) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021
hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Day (nama lama bagi Jalan Sultanah), Alor Setar.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
19. KLUSTER JENGKA TUJUH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Maran dan Jerantut di Pahang.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-238,642) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan prapembedahan.
Kluster ini melibatkan dua pusat pengajian di Maran. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes
indeks yang terletak di Jengka 7, Maran.
Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
BACA: Kes sembuh terus meningkat jadi tumpuan sidang media KP Kesihatan
Astro Awani
Tue Feb 16 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenal pasti 19 kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar hiasan
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
COVID-19: Hanya satu kluster masih aktif di Sabah
Sabah merekodkan 158 kes positif baharu COVID-19 pada Rabu.
COVID-19: Empat lagi kluster diisytihar tamat di Sabah
Empat lagi kluster diisytihar tamat di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
COVID-19: 22 Kluster masih aktif, tiga lagi diisytihar tamat di Sabah
Tiga lagi kluster COVID-19 diisytiharkan tamat di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
PRN Johor: JKN jangka tiada kluster tercetus, semua pihak perlu terus patuh SOP
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menjangkakan tiada kluster baharu akan tercetus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung sehingga menjelangnya hari pengundian, Sabtu ini.
Warga emas hadiri majlis perkahwinan cetus Kluster Kampung Weston
Seorang warga emas yang menghadiri majlis perkahwinan di dua buah kampung dalam Daerah Beaufort didapati mencetuskan satu kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Weston.
COVID-19: Malaysia rekod 4,774 kes baharu, 8 kematian
Malaysia mencatat 4,774 kes COVID-19 pada Isnin, sedikit menurun dari semalam.
COVID-19: Sekolah asrama harian di Kuala Lumpur ditutup
Sekolah tersebut diarahkan tutup bermula 17 Januari hingga 23 Januari.
COVID-19: 36 kes dikesan babitkan kluster di SMK Tambunan
Sebuah kluster COVID-19 dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan dengan 36 kes dikesan setakat hari ini.
Satu kluster dikesan babitkan PRN Melaka, kes indeks petugas jentera parti - Exco Negeri
Satu kluster membabitkan dua madrasah dikesan tercetus akibat pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
COVID-19: Pemandu kereta sapu cetus Kluster Tumbalang di Ranau
Seorang pemandu kereta sapu di Ranau menjadi kes indeks Kluster Tumbalang yang menyebabkan jangkitan 56 kes positif COVID-19.