KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Khamis meningkat kepada 2,561 kes berbanding 2,295 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Menurut data di portal KKMNOW, lapan kes kematian dicatat semalam.

Satu kes kematian dilaporkan berlaku di luar fasiliti kesihatan, 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 25,636 kes dengan 95.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Manakala, 1,102 pesakit mendapat rawatan di hospital.

51 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi manakala 23 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 1,248 kes sembuh.