KUALA TERENGGANU:Seramai 4,308 individu dari kawasan zon merah COVID-19 yang berkunjung ke Terengganu, telah membuat penilaian risiko di klinik dan hospital di negeri itu sejak pergerakan rentas negeri dibenarkan pada 7 Dis lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, kesemua individu itu datang secara sukarela, susulan pengumuman pihaknya yang menggalakkan pengunjung dari zon merah berbuat demikian, bagi mencegah penularan COVID-19 di negeri ini.
"Hasil saringan tersebut, seramai 21 individu telah disahkan positif COVID-19 dan enam daripada 433 kontak rapat yang telah dikenal pasti, juga didapati positif COVID-19.
"Keseluruhannya, jumlah kes COVID-19 yang positif adalah 27 orang. Kesemua mereka telah dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan, manakala semua kontak rapat pula telah dikuarantin sama ada di rumah atau di pusat kuarantin yang telah disediakan jabatan," katanya menerusi laman Facebooknya.
Dr Nor Azimi berkata tindakan individu yang datang membuat penilaian risiko itu sangat dipuji, kerana ia membantu jabatan dalam membuat tindakan pencegahan yang lebih awal dan berkesan.
"Bayangkan jika 27 kes positif itu tidak dikesan awal. Sudah pasti mereka akan menjangkiti keluarga atau rakan sekerja dan penularan akan menjadi lebih besar.
"Sebab itu pihak kami sangat menghargai tindakan jujur mereka datang membuat saringan secara sukarela walaupun akhirnya mereka didapati positif COVID-19. Kami yakin ramai lagi yang tidak datang membuat saringan. Sebab ini hanya nasihat bukan arahan wajib," katanya.
Dr Nor Azimi berkata penilaian risiko yang dilakukan itu membolehkan pengesanan kontak rapat, ujian saringan, rawatan dan isolasi dibuat dengan lebih pantas.
"Kami juga tahu susulan pengumuman ini bakal memberikan beban tambahan kepada petugas kesihatan. Tetapi kami berpegang kepada prinsip 'no harm doing more but it is harmful doing less'," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020
Tindakan individu yang datang membuat penilaian risiko sangat dipuji kerana ia membantu Jabatan Kesihatan membuat tindakan pencegahan yang lebih awal dan berkesan.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Bank-bank perlu bersedia untuk masa depan, tangani cabaran baharu
Bank-bank Malaysia perlu membuat persediaan bagi masa depan dan berupaya menangani cabaran serta peluang baharu dalam era semasa, kata mantan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Tidak perlu lagi pakai pelitup muka dalam kapal terbang - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan menjelaskan protokol bahari itu berkuat kuasa serta merta.
Ketidaktentuan prospek ekonomi global 2023 tingkat risiko semua sektor - Moody's Analytics
Prospek ekonomi yang tidak menentu pada 2023 meningkatkan risiko merentas semua sektor, kata Moody's Analytics.
Suhu badan anak terlalu tinggi boleh sebabkan sawan
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan.
Asteroid sebesar dua 'Statue of Liberty' mendekati Bumi
Objek besar itu dijangka melintas melepasi Bumi pada kelajuan 15,288 kilometer sejam pada 24 Januari.
Risiko menggunakan 'spray gun' di rumah
Ada risiko keselamatan yang ibu bapa perlu tahu apabila guna alat ini. Ikuti perkongsian Dr Izzar Anwari.
Proses tayamum tidak perlu pada jenazah COVID-19 jika berisiko - Mufti Selangor
Perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 7 Ogos lalu.
[KOLUMNIS] Personaliti narsisistik: Terlalu mengagumi diri sendiri atau sekadar berkeyakinan tinggi?
PASTI ada di antara kita pernah bertemu seseorang individu yang senantiasa merasakan dirinya lebih penting, bagus dan sering mengharapkan pujian daripada orang lain.
Ibu hamil perlu segera divaksin, jangkitan COVID-19 selepas 28 minggu lebih berisiko - Pakar
Ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 akan mendapat simptom yang rendah, namun risiko semakin tinggi bergantung kepada usia kandungan.