PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia pada Ahad berkurang berbanding semalam apabila merekodkan 6,999 kes baharu berbanding 9,020 kes baharu semalam.

Begitupun, jumlah kematian masih di tahap membimbangkan apabila 79 kematian direkodkan dalam tempoh sama.

Berikut lima fokus utama sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad, 30 Mei 2021:

1) 6,999 kes direkodkan hari ini, hanya empat kes import.

2) Selangor rekod kes tertinggi dengan 2,477 kes diikuti Kuala Lumpur (616 kes) dan Kelantan (612 kes).

3) 79 kematian direkodkan, paling tinggi 15 kematian masing-masing di Selangor dan Negeri Sembilan.

4) Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 846 kes 419 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

5) 17 kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kluster ialah 2,163 kluster dan 635 kluster masih aktif.

BACA: 6,999 kes baharu, 79 kematian direkodkan hari ini

BACA: Kenaikan 1,000 atau 2,000 kes sehari tidak mustahil - KP Kesihatan