Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) bagi COVID-19.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Chin Zin Hong ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa Wong telah dimasukkan ke hospital sebagai PUI.

Wong, yang masih ditahan di hospital, dikatakan telah menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur dari 29 Februari hingga minggu lepas susulan kemelut politik yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew ketika dihubungi berkata: "Beliau bukanlah dimasukkan ke hospital kerana COVID-19 sebaliknya radang paru-paru. Hospital kini menahannya sebagai PUI." - BERNAMA
BACA: COVID-19: 41 kes positif baharu dicatat dari kluster tabligh Sri Petaling

B

ACA: Eropah kini jadi pusat penularan COVID-19 - WHO