PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan empat lagi kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Bonggaya, Kluster Jambatan B, Kluster Abell dan Kluster BMU.

Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster berkenaan:

1. Kluster Bonggaya

- Kluster ini dikesan di Sandakan Sabah hasil saringan komuniti yang disahkan positif pada 27 Oktober lalu.

- Saringan kontak rapat mengesan 45 lagi kes positif COVID-19.

- Kes telah dimasukkan ke Hospital ke Duchess of Kent, Sandakan.

2. Kluster Jambatan B

- Kluster ini juga dikesan di Sandakan Sabah hasil saringan individu bergejala dan disahkan positif pada 17 Oktober.

- Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 52 lagi kes positif COVID-19.

3. Kluster Abell

- Kluster baharu ini dikesan di daerah Kuching, Sarawak.

- Kes dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 10 November.

- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19.

- Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

4. Kluster BMU

- Kluster ini melibatkan daerah Jasin di Melaka.

- Kes dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November lalu.

- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan lagi kes positif COVID-19.

- Kes telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini