KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan (PH) menggesa Kementerian Kesihatan menjalankan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran.
Ujian saringan tersebut, kata jawatankuasa itu, harus juga dilakukan terhadap mereka yang tidak bergejala di seluruh negara terutamanya di lokaliti yang dikenal pasti kadar keberjangkitan dan mempunyai kes positif COVID-19 yang tinggi.
Kenyataan itu dikeluarkan jawatankuasa itu susulan satu artikel daripada 'principia-scientific.com' yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak lagi membuat cadangan untuk melakukan saringan besar-besaran terutamanya dalam kalangan mereka yang tidak bergejala.
"Sumber artikel yang telah dikongsikan tersebut adalah bukan daripada sumber WHO yang rasmi, tetapi dari satu sumber yang tidak disahkan, sering berkongsi artikel bersifat “pseudo-science” dan sering dikaitkan dengan propaganda haluan kanan.
"Kalau kita meneliti dan membaca cadangan rasmi WHO 'Recommendations for National SARS-CoV-2 testing strategies and diagnostics capacities' secara keseluruhannya, ia masih menekankan kepentingan untuk kita membuat saringan secara menyeluruh dan ujian diagnostik yang cepat dan tepat sangat penting untuk mencegah dan megawal penyebaran COVID-19.
"WHO juga menegaskan bahawa semua ujian harus diikuti dengan respons kesihatan awam yang kuat termasuk pengasingan mereka yang positif dan rawatan menyeluruh, pengesanan kontak dan kuarantin," memetik kenyataan itu.
Menurut jawatankuasa itu, kenyataan tersebut sangat membimbangkan kerana artikel tersebut tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menjustifikasikan penurunan jumlah saringan yang dibuat di seluruh negara, terutamanya pada masa jumlah kes COVID-19 masih tinggi di seluruh negara.
"Pada 5 Julai, kita mencatatkan 6,387 jumlah kes positif di seluruh negara, tetapi hanya 66,063 ujian saringan telah dijalankan.
"Ini jauh daripada sasaran 150,000 ujian sehari yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan pada awal tahun ini.
"Ini juga bermaksud kadar positif adalah 9.67 peratus, hampir dua kali ganda rekomendasi WHO iaitu sepatunya di bawah 5 peratus," kata Jawatankuasa Kesihatan PH lagi.
Malah, jawatankuasa itu melaporkan purata kadar positif negara dari 29 Jun hingga 5 Julai 2021 adalah 8.25 peratus, jauh lebih tinggi daripada nilai yang sepatutnya.
Sekali gus menunjukkan bahawa Malaysia kurang membuat saringan dan ia bertentangan dengan nasihat pakar-pakar perubatan dan juga amalan baik yang dijalankan di negara-negara yang berjaya mengawal wabak ini dengan efektif.
Astro Awani
Tue Jul 06 2021
Purata kadar positif negara dari 29 Jun hingga 5 Julai 2021 adalah 8.25 peratus, jauh lebih tinggi daripada nilai yang sepatutnya. - Foto BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Maghribi sahkan kes pertama MPOX
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.
Penduduk Palestin zahir harapan genjatan senjata kekal
Penduduk Palestin terus menzahirkan harapan gencatan senjata yang kekal dapat dilaksanakan selepas 11 bulan konflik di Gaza.
Motosikal baharu 150cc ke atas perlu dilengkapi ABS mulai tahun depan - Ahmad Zahid
Semua motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas perlu mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) mulai 1 Jan depan, yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya,
Wabak mpox: Lindungi golongan rentan, individu imuniti rendah - Pakar kesihatan
Kumpulan yang memiliki imuniti rendah antaranya adalah pesakit kanser, wanita hamil, warga tua serta kanak-kanak.
Mpox Kecemasan Kesihatan Global, ini 6 langkah segera KKM
Semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari.
Doctors Without Borders bimbang penularan mpox di Afrika
Kanak-kanak sangat terdedah kepada mpox, yang menyumbang 56 peratus daripada kes dan 79 peratus angka kematian tahun ini.
Agensi PBB gesa jeda kemanusiaan di Gaza untuk kempen vaksinasi polio
Menurut WHO, dua pusingan kempen vaksinasi polio dijangka dilancarkan pada penghujung Ogos dan September 2024 di seluruh Semenanjung Gaza.
Penggunaan skrin terlalu lama faktor penyumbang kanak-kanak tidak aktif - Pakar
Menurut pakar perubatan keluarga, 81 peratus kanak-kanak tidak menjalani gaya hidup aktif.
Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.