KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kekal 0.87 untuk tiga hari berturut turut.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Perlis dan Melaka mencatat kadar purata melebihi 1.00.

Ini diikuti Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak.

Sementara itu, Johor, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan merekodkan tiga kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.