KUCHING: Kes jangkitan COVID-19 di Sarawak naik mendadak bulan ini dengan 35,517 kes baharu iaitu peningkatan 224 peratus berbanding tempoh sama pada Julai.
Pengarah Kesihatan Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata kehadiran varian Delta yang mempunyai kebolehjangkitan tinggi menjadikan ia faktor utama kes tinggi di Sarawak khususnya di Zon Selatan yang merangkumi daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.
"Setakat ini, varian Delta telah dikesan di 10 bahagian di Sarawak manakala kadar pengesanan varian Delta setinggi 99 peratus telah dilaporkan di Bahagian Kuching," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata walaupun kadar imunisasi COVID-19 di Sarawak telah mencapai 90.9 peratus bagi dos pertama dan 87.9 peratus bagi dos kedua setakat 28 Ogos namun kira-kira 30 peratus daripada kes harian merupakan golongan bawah 18 tahun yang masih belum layak menerima vaksin.
"Kadar penggunaan katil bagi kes rawatan kritikal di seluruh Sarawak menunjukkan peningkatan pada bulan ini tetapi ia masih pada tahap pihak hospital masih berupaya menguruskannya," katanya.
Dr Mohamed Sapian turut memaklumkan sebanyak enam Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Awam dijangka beroperasi semula manakala empat PKRC Awam yang baharu akan memulakan operasi sekiranya kes semakin meningkat.
"Sekiranya kes masih banyak dan meningkat setiap hari, penggunaan sumber tenaga dan perkhidmatan kesihatan mungkin akan lumpuh.
"Ini akan mengakibatkan tindakan-tindakan intervensi seperti pengasingan pesakit dan pengesanan kontak akan terjejas teruk," katanya.
Ketika ini, sebanyak 45 PKRC dibuka di seluruh Sarawak yang terdiri daripada 41 PKRC Awam berkapasiti 7,465 katil dan empat PKRC Tahanan berkapasiti 1,072 katil.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021
Kira-kira 30 peratus daripada kes harian merupakan golongan bawah 18 tahun yang masih belum layak menerima vaksin. - Bernama
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
SUKMA XXI: Sarawak sasar juara keseluruhan acara tinju
Berdasarkan rekod, Sarawak tidak pernah muncul juara acara tinju sejak temasya dwitahunan kebangsaan itu diperkenalkan pada 1986.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
KPDN Sarawak tetapkan 18 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri
KPDN Sarawak telah menetapkan sejumlah 18 barangan diwartakan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berkuat kuasa hari ini.
Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.
Sistem pengairan titisan CENTEXS bantu tingkatkan SSL beras Sarawak
Teknik ini menyalurkan air terus ke kawasan akar tumbuh-tumbuhan secara perlahan dan terkawal melalui rangkaian tiub, paip dan pemancar.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.