JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 72.08 juta berikutan lebih 650,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 72,084,868.

Setakat pagi Isnin (14 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 16.18 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 9.85 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.88 juta kes.

Negara yang melepasi angka dua juta kes ialah Rusia (2,629,699) dan Perancis (2,430,612).

Jangkitan positif COVID-19 United Kingdom (1,854,490), Itali (1,843,712), Turki (1,836,728), Sepanyol (1,730,575), Argentina (1,494,602), Colombia (1,417,072), Jerman (1,338,411), Mexico (1,241,436), Poland (1,135,676) dan Iran (1,108,269) pula melepasi satu juta kes. 

Sehingga pagi ISnin (14 Disember), United Kingdom mencatatkan kes positif sebanyak 1,854,490.

Sementara itu, Peru (980,943), Ukraine (918,444),  Afrika Selatan (860,964), Belanda (623,519), Indonesia (617,820), Belgium (605,966), Czechia (579,079), Iraq (574,634), Chile (571,919) dan Romania (556,335) termasuk dalam negara yang merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Bangladesh (490,533), Kanada (462,064), Filipina (449,400), Pakistan (438,425), Maghribi (399,609), Switzerland (373,831), Arab Saudi (359,888), Israel (356,823), Portugal (348,744), Austria (322,463) dan Sweden (320,098).

Dalam pada itu, sebanyak 35 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.

Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.



Dalam perkembangan berkaitan, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melepasi 1.61 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,610,265 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 298,685 kes, diikuti Brazil dengan 181,123 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 143,019 dan 113,704 kes kematian.

Sementara itu, Itali (64,520), United Kingdom (64,267), Perancis (58,015) dan Iran (52,196) merekodkan angka kematian lebih 50,000 kes.

Negara yang merekodkan 30,000 hingga 50,000 kematian adalah Sepanyol (47,624) dan Rusia (46,404), Argentina (40,668), Colombia (38,866) dan Peru (36,544).

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 298,685 kes, diikuti Brazil dengan 181,123 kes.

Dalam pada itu, tiga negara yang melepasi angka 20,000 ialah Afrika Selatan (23,276), Poland (22,864) dan Jerman (21,935).

Indonesia (18,819), Belgium (17,902), Turki (16,417), Chile (15,886) dan Ukraine catat angka kematian di bawah 20,000.