LEBIH 200,000 kes positif baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif global kini melepasi 24 juta kes.

Setakat ini, data Johns Hopkins University menunjukkan terdapat 24,016,679 kes positif COVID-19 di seluruh dunia.

Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 5,816,968 kes jangkitan.

Ini diikuti Brazil dengan 3,669,995 kes manakala India 3,234,474 kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula hampiri angka sejuta dengan 968,297 kes.

Sementara itu, Afrika Selatan, Peru, Mexico dan Columbia melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 pula adalah Sepanyol, Chile, Iran, Argentina, United Kingdom.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Pakistan, Bangladesh, Perancis, Itali, Turki dan Jerman.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Perancis, Itali, Turki, Jerman dan Iraq.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Dalam perkembangan berkaitan, statistik Johns Hopkins University menunjukkan, angka kematian global meningkat lebih 7,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah 822,403 kes.

Amerika Syarikat terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 179,596 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 116,580 dan Mexico dengan 61,450 kes kematian.

India dan United Kingdom masing-masing merekodkan 59,449 dan 41,551 kes korban COVID-19.

Sementara itu, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 35,000 kes dan 30,000 kes.

Tiga negara terakhir yang melepasi angka kematian 20,000 Sepanyol dan Peru masing-masing dengan 28,000 dan Iran 21,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.