Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sedang meniliti usaha untuk melindungi kawasan zon hijau COVID-19 termasuk di kawasan utara Semenanjung bagi mengelakkan pertambahan kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah tesebut akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat, di mana ia akan turut melibatkan peringkat daerah dan mukim.

"Sekarang ini kita lihat negeri-negeri di Utara memang sekarang ini (KKM sedang) lihat kawasan zon hijau. Jadi kita dalam proses melihat bukan sahaja negeri tetapi juga daerah dan mukim.

"Kita tengah membuat perancangan selanjutnya dan berbincang dengan MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk melihat kawasan-kawasan zon hijau," katanya dalam sidang media harian, di sini hari ini.