KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan mengenal pasti lima kluster baharu yang di mana tiga di Sabah dan masing-masing satu di Selangor dan Kuala Lumpur serta satu di Labuan.

Kluster baharu tersebut ialah Kluster Kasih dan Kluster Khazanah di Lahad Datu; Kluster Surat di Sandakan; Kluster Sungei Way di Selangor dan KL sementara Kluster Bah Bundle di Labuan.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya hari ini.

Berikut perincian kepada enam kluster tersebut:

1) KLUSTER KASIH, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Lahad Datu, Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12509) telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan petugas kesihatan pada 27 September 2020.

Mereka telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 33 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,838 individu telah disaring, di mana:

• 34 kes dikesan positif COVID-19;
• Tiada individu negatif; dan
• 1,804 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER SURAT, SABAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15097) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah.

Saringan kontak rapat telah mengesan 24 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana:

• 25 kes dikesan positif COVID-19;
• Tiada individu negatif; dan
• 49 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER KHAZANAH, SABAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14842) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah.

Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 652 individu telah disaring, di mana:

• 14 kes dikesan positif COVID-19;
• Tiada individu negatif; dan
• 638 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER SUNGEI WAY, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak, Selangor dan daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14307) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana:

• 18 kes dikesan positif COVID-19;
• 124 individu negatif; dan
• Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAH BUNDLE, LABUAN

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11771) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti dua (2) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 430 individu telah disaring, di mana:

• Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
• 131 individu negatif; dan
• 296 individu masih menunggu keputusan.


BACA: COVID-19: 561 kes baharu dilapor, 488 daripadanya jangkitan di Sabah

B
ACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)