KUALA LUMPUR:Sebanyak 51,783 kes aktif COVID-19 direkod pada Khamis 11 Feb dengan 259 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 122 memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media KKM hari ini.

1) Selangor catat kes baharu paling tinggi dengan 1,082 kes.

2) 17 kluster baharu direkodkan.

3) 259 dirawat di ICU, 122 terima bantuan pernafasan.

4) 3,384 kes baru dan 13 lagi kes melibatkan kematian.

5) 3,774 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital