KUALA LUMPUR: Pertama kali merekodkan angka melebihi 11,000 kes semalam, jumlah kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan 11,618 kes, dua hari berturut-turut kes melepasi angka 11,000.

Menerusi maklumat dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Twitter beliau pada Rabu, Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 5,051 kes baharu.


Ia disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,749 kes, Negeri Sembilan (1,537 kes), Melaka (526 kes), Kedah (504 kes) dan Pahang (400 kes).

Jika semalam tiada langsung kes direkodkan di Perlis namun hari ini, tiga kes baharu dicatatkan di negeri berkenaan

Dr Noor Hisham turut memaklumkan jumlah kes aktif aktif ketika ini adalah 101,359 kes dengan kes yang dirawat di ICU adalah 878 dengan 432 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat 118 kes kematian baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan jumlah kes kematian ketika ini adalah 6,503 kes.

Kes sembuh baharu yang direkodkan semula adalah 6,377 kes dengan kumulatif kes sembuh ketika ini adalah 759,705 kes.

Kes baharu di negeri lain pula adalah seperti berikut:
Johor - 396
Sabah - 286
Sarawak - 289
Pulau Pinang - 210
Kelantan - 236
Perak - 164
Terengganu - 189
WP Labuan - 38
WP Putrajaya - 40