KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan kes kematian tertinggi jangkitan COVID-19 iaitu sebanyak 24 kes pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini sebanyak 896 kes yang bersamaan dengan 0.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kali terakhir Malaysia merekodkan kadar kematian tertinggi adalah sebanyak 21 kes pada 2 Februari lalu.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 3,100 kes harian COVID-19 baharu telah direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu melibatkan 3,099 kes tempatan dan satu kes import.

Pertambahan tersebut menjadikan sejumlah 51,977 kes aktif COVID-19 di negara pada ketika ini.

Daripada jumlah tersebut, 282 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 134 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 192,679 kes, dengan bilangan kes sembuh COVID-19 pula adalah sebanyak 2,340 kes.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,196 kes (38.6 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 986 kes (82.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti Johor sebanyak 490 kes (15.8 peratus) dan Melaka sebanyak 344 kes (11.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan ada Isnin.

COVID-19 | 24 lagi kematian, 896 jumlah keseluruhan

[TERKINI] Situasi penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia