KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Malaysia, catat penurunan untuk dua hari berturut-turut.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu turun kepada 1.15 pada Rabu berbanding 1.16 hari sebelumnya.

Negeri dan wilayah yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 adalah Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Ini termasuk Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Putrajaya.

Sementara itu, Pulau Pinang, Perak dan Labuan pula antara negeri dan wilayah yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.

Manakala Terengganu dan Perlis masing-masing mencatatkan satu kes baharu.


Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Januari lalu ialah 0.81 pada 3 Mac.

Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu melaporkan 2,340 kes baharu COVID-19 dikesan.

BACA: COVID-19: 2,340 kes baharu, Selangor tertinggi