KUALA LUMPUR: KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kekal pada kadar 1.04 untuk dua hari berturut-turut.

Ia selepas trend mendatar pada 1.05 selama lima hari berturut-turut sejak minggu lalu.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Perlis catat kadar tertinggi dengan 1.33 diikuti Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kelantan

Seterusnya Kedah, Perak, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang.

Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Putrajaya mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Labuan pula mencatat lima kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.