MALAYSIA terus mencipta rekod tertinggi bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) COVID-19 sejak pandemik bermula.

Nilai Rt 1.47 direkodkan pada Rabu berbanding 1.39 pada Selasa, sekali gus menjadi kadar kebolehjangkitan tertinggi baharu negara.

Dalam perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter, sebanyak empat negeri mencatatkan Rt melebihi nilai purata kebangsaan.

Labuan mencatat kadar tertinggi dengan 1.94, diikuti Sarawak 1.84, Sabah 1.73 dan Perlis 1.67.

Sementara itu, Putrajaya menyaksikan Rt pada bacaan 1.46, Terengganu 1.42, Pulau Pinang 1.38, Kedah 1.37, Johor dan Kelantan masing-masing 1.31.

Ia diikuti Selangor dengan Rt 1.27, Perak (1.25), Kuala Lumpur (1.22), Melaka (1.19) dan Negeri Sembilan (1.17).

Sebelum ini, R-naught tertinggi yang pernah dicatatkan adalah 1.39 pada 8 Feb 2022.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.


INTERAKTIF: Apakah yang perlu anda lakukan jika anda mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti COVID-19?