Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan aktiviti saringan bersasar di lokaliti tertentu di negeri ini bagi mengesan kes-kes COVID-19 dalam kalangan masyarakat.
Pengarahnya Datuk Dr Christina Rundi berkata sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberi kerjasama semasa aktiviti itu dilaksanakan dan tidak cuba untuk mengelak daripada disaring kerana tidak mahu dikuarantin.
"Sekali lagi, orang awam dinasihatkan untuk tidak bersikap negatif terhadap mereka yang dikenakan kuarantin kerana ini boleh menyukarkan pelaksanaan aktiviti saringan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata sehingga Jumaat lepas seramai 75 orang telah ditempatkan di 24 pusat kuarantin di seluruh Sabah menjadikan kumulatif yang masih berada di pusat kuarantin seramai 681 orang.
Katanya seramai 127 orang telah dibenarkan pulang Jumaat lepas menjadikan kumulatif discaj kuarantin sehingga tempoh berkenaan seramai 1,196 orang.
Mengulas mengenai jangkitan baharu COVID-19, Christina berkata terdapat 10 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam iaitu tiga di Lahad Datu, Tawau (2) dan masing-masing satu (1) kes di daerah Beaufort, Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan dan Tuaran, sekali gus menjadikan jumlah kes COVID-19 keseluruhan bagi Sabah sebanyak 303 kes.
Sementara itu, beliau berkata Pasukan Mental Health Psychosocial Support (MHPSS) telah memberi 611 intervensi, 101 kaunseling dan 126 psikoedukasi kepada pesakit, mereka yang dikenakan kuarantin di rumah dan anggota kesihatan di daerah Keningau.
"Pelbagai bentuk intervensi juga dijalankan bagi menangani stigma ke atas pesakit COVID-19. Antaranya adalah inisiatif 'Covid League Board' untuk memberikan semangat kepada semua individu yang sedang berjuang semasa wabak COVID-19 di daerah Keningau. Perkhidmatan MHPSS Daerah Keningau beroperasi setiap hari dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dengan menelefon 016-3867591," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 19 2020
CHRISTINA: Orang awam dinasihatkan untuk tidak bersikap negatif terhadap mereka yang dikenakan kuarantin kerana ini boleh menyukarkan pelaksanaan aktiviti saringan. -Gambar fail
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
COVID-19 di Sabah: Tiada petugas kesihatan dikuarantin, katil mencukupi - Dr Christina
Petugas kesihatan yang dihantar dari semenanjung hanya menjalani orientasi selama satu hari dan bukan kuarantin.
Pelajar sekolah rendah disahkan positif COVID-19
Ia termasuklah rakan sekelas, keluarga pesakit dan kontak terlibat di sekolah yang berkenaan.
Sabah rekod 2,537 kes demam denggi
Sabah juga mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort.
COVID-19: 60 peratus kes positif di Sabah libatkan kes import
Tiada kes baharu dilaporkan semalam dan jumlah kes bagi negeri Sabah kekal 343.
Kota Marudu bukan lagi zon hijau COVID-19, satu kes positif direkodkan
Kota Marudu tidak lagi dikategorikan sebagai zon hijau COVID-19 selepas mencatatkan kes positif pertama.
COVID-19: Saringan bersasar di Sabah, orang ramai digesa beri kerjasama
Orang ramai diminta beri memberi kerjasama semasa aktiviti itu dilaksanakan dan tidak cuba untuk mengelak daripada disaring kerana tidak mahu dikuarantin.
COVID-19: Badan kebajikan tampil bantu Sabah tampung kekurangan reagen
Yayasan itu berkata ia berupaya memperoleh bekalah reagen yang amat terhad dan telah diserahkan kepada jabatan kesihatan negeri bagi membolehkan ujian COVID-19 diteruskan.
Kesan awal kanser usus penting untuk rawatan
Pengesanan awal kanser usus atau kolorektal penting bagi memastikan seseorang mampu mendapatkan rawatan atau nasihat kesihatan yang diperlukan.
Lapan kes H1N1 dikesan di Sabah
Pengarah kesihatan negeri sahkan tujuh kes melibatkan lima kanak-kanak dan dua orang dewasa telah dikesan di Likas dan satu di Sandakan.