KUALA LUMPUR:Semua ujian COVID-19 yang dijalankan terhadap mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada ahli pusat kecergasan Babel di Suria KLCC yang diuji positif, telah kembali negatif.
Pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, pengesanan kontak dilakukan dengan segera sebaik sahaja diberitahu bahawa terdapat kes positif COVID-19 melibatkan seorang ahli Babel.
Menurut kenyataan itu, bagi memahami keadaan dengan lebih jelas, jejak kaki ahli Babel yang dijangkiti itu dilakukan sebanyak empat kali antara 9, 10, 11 dan 13 Sept lepas.
"Sebagai tindakan segera untuk memastikan keselamatan semua orang, Suria KLCC telah melakukan pembersihan dan nyahkuman secara menyeluruh di seluruh pusat belah-belah, terutama di kawasan umum. Ini termasuk pembersihan barang yang mempunyai kontak lebih kerap," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan itu menyebut Suria KLCC tidak menjangkakan apa-apa kesan terhadap perniagaan pusat beli-belah itu kerana kes berkenaan dikendalikan dengan baik dan operasi perniagaan diteruskan seperti biasa.
"Kami menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebar khabar angin yang tidak berasas. Pada waktu ini, langkah terbaik ialah bertindak dengan lebih bertanggungjawab dan kekal tenang dengan mendapatkan maklumat sah daripada sumber rasmi," menurut Suria KLCC.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020
Suria KLCC tidak menjangkakan apa-apa kesan terhadap perniagaan pusat beli-belah itu kerana kes berkenaan dikendalikan dengan baik dan operasi perniagaan diteruskan seperti biasa. - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Suria KLCC dijangka berdepan isu sewaan disebabkan caj mahal
Sehingga September 2023, pinjaman KLCCP adalah sebanyak RM2.4 bilion terdiri daripada sukuk murabahah serta kemudahan pinjaman berjangka dan ia diterjemahkan kepada nisbah penggearan 13%.
Lelaki direman bantu siasatan kebakaran 13 motosikal depan KLCC
Seorang lelaki berusia 34 tahun direman sehingga 19 April ini bagi membantu siasatan berkaitan kes kebakaran 13 motosikal di ruang parkir hadapan Suria KLCC.
Bomba siasat kebakaran 13 motosikal di KLCC
Bomba sedang menyiasat kes kebakaran membabitkan 13 motosikal yang berlaku di ruangan parkir Suria KLCC Jalan Ampang pada Khamis.
Menara Berkembar, Menara KL bertukar 'merah mak ngah' sempena Tahun Baharu Cina
Difahamkan, puncak menara itu bertukar merah sekitar jam 7 petang tadi.
Wanita maut jatuh tingkat 4 Suria KLCC
Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah Suria KLCC pada Isnin malam.
Suria KLCC pamer replika lampu pelita terbesar, catat rekod MBOR
Ia sebagai sebahagian usaha Suria KLCC dalam mengembalikan keriangan Ramadan dan Syawal selepas negara berdepan tempoh sukar pandemik COVID-19.
Suria KLCC komited tingkat kesedaran kesihatan mental
Safe Space @ Suria KLCC akan menjadi platform mempromosikan aktiviti-aktiviti menarik berkaitan kesihatan mental bermula hari ini sehingga 8 Disember depan.
Tiada lagi RASA Food Arena di Suria KLCC
Selepas 22 tahun beroperasi, medan selera RASA Food Arena di Suria KLCC ditutup sejak 1 September 2021.
Lelaki maut terjun dari tingkat tiga Suria KLCC
Polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah itu.
COVID-19: Semua kontak rapat kepada ahli Babel yang dijangkiti, negatif
Pengesanan kontak dilakukan dengan segera sebaik sahaja diberitahu bahawa terdapat kes positif COVID-19 melibatkan seorang ahli Babel.