awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut jatuh tingkat 4 Suria KLCC

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/08/2022
16:23 MYT
Wanita maut jatuh tingkat 4 Suria KLCC
Menurut polis, semakan CCTV mendapati wanita itu berjalan seorang diri di aras empat sebelum kejadian berlaku. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah Suria KLCC, di sini, pada Isnin malam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, berkata kejadian itu berlaku jam 9.38 malam.
"Hasil siasatan awal si mati adalah seorang perempuan warga tempatan berumur 23 tahun.
"Semakan CCTV mendapati si mati berjalan seorang diri di aras empat (sebelum kejadian)," katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.
Dalam pada itu, Suria KLCC Sdn Bhd menerusi satu kenyataan ringkas malam ini turut mengesahkan kejadian itu.
“Dukacita dimaklumkan pihak pengurusan Suria KLCC mengesahkan seorang individu maut dalam insiden terbabit,” katanya.
Terdahulu, tular di laman sosial Twitter berhubung kejadian itu apabila ada saksi mendakwa mangsa terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah berkenaan.

* Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma.
Topic Berkaitan
#Suria KLCC
#jatuh bangunan
#tingkat empat
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan