KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) keempat yang bermula dari 23 Jan hingga 29 Jan 2022 meningkat sebanyak 34.6 peratus kepada 31,980 kes daripada 23,752 kes pada ME sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata purata kes aktif turut dilihat meningkat sebanyak 14 peratus dengan purata 40,473 kes pada ME ketiga (dari 16 hingga 22 Jan 2022) kepada 46,158 kes pada ME keempat.
"Bagaimanapun, kes kematian menunjukkan penurunan yang konsisten sebanyak 27.5 peratus sehingga mencapai dua angka iaitu dengan 74 kematian pada ME keempat berbanding 102 kematian pada ME ketiga.
"Penurunan ini dicatatkan semenjak ME 52/2021. Untuk makluman, kali terakhir kes kematian mingguan mencatat angka dua digit adalah pada ME 17/2021 iaitu sebanyak 95 kes," katanya dalam kenyataan harian situasi semasa jangkitan COVID-19 hari ini.
Selain itu, beliau berkata kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan penurunan sebanyak 15.5 peratus iaitu 109 kes pada ME keempat berbanding 129 kes pada ME ketiga.
COVID-NOOR HISHAM (KES) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Dr Noor Hisham berkata purata kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menunjukkan penurunan sebanyak 11.5 peratus iaitu 46 kes pada ME keempat berbanding 52 kes pada ME ketiga.
Berhubung penggunaan katil hospital, beliau berkata kenaikan kes COVID-19 yang berkaitan dengan varian Omicron telah menyebabkan peningkatan sebanyak tiga peratus.
"Selain itu, penggunaan katil PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19) juga menunjukkan peningkatan sebanyak enam peratus berikutan peningkatan kluster pendidikan di mana pelajar asrama akan dimasukkan ke PKRC sekiranya tiada tempat isolasi yang sesuai bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelajar lain dan juga komuniti," katanya.
Beliau juga berkata terdapat 106 kluster baharu dilaporkan pada ME keempat iaitu 81 daripadanya ialah kluster pusat pendidikan, 19 kluster tempat kerja, empat kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam negara menurun kepada 4,774 kes hari ini, berbanding 4,915 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif 2,870,758 kes setakat 12 tengah hari tadi.
Beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, 36 kes adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala bakinya Kategori Satu dan Dua.
"Daripada 4,774 kes itu, sebanyak 152 adalah kes import dan 4,622 kes tempatan, manakala yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 114 kes dan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya sambil memaklumkan sebanyak 3,232 kes sembuh turut dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata purata kes aktif turut dilihat meningkat sebanyak 14 peratus dengan purata 40,473 kes pada ME ketiga kepada 46,158 kes pada ME keempat. - Gambar fail/BERNAMA
Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.