KUCHING: Seramai tujuh pekerja sektor minyak dan gas di Miri merupakan antara 512 kes baharu jangkitan COVID-19 di Sarawak dengan 353 kes telah dikesan di Daerah Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 39,328 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kesemua tujuh pekerja itu dikesan positif semalam semasa sedang menjalani kuarantin di "Offshore Transit Centre" (OTC) sebelum dibenarkan melapor diri di pelantar.
"Kes masih dalam siasatan dan semua kontak rapat akan dikenal pasti untuk menjalani saringan serta kuarantin," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, JPBN memaklumkan sebanyak 10 lokaliti dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas terdapat penularan wabak COVID-19 yang tinggi di kawasan terbabit.
PKPD di Blok C dan D, Kuarters Pekerja Shin Yang, Kemena Industrial Estate; Blok O Flat Sungai Plan, Bintulu dan Rh. Ado anak Bilong, Sungai Kakus, Tatau dilaksanakan sejak Sabtu lepas hingga 28 Mei ini.
PKPD di Blok F dan O PPR Bandaria Park, Bintulu dilaksana Ahad lepas hingga 29 Mei ini manakala PKPD Rh. Roselind Sanggau anak Ragai, Sungai Lanying, Sebauh dan Rh. Ason anak Kendawang, Bukit Sekubong, Sebauh bermula Isnin hingga 31 Mei ini.
Selain itu, PKPD di Rh. Anau, Entebu, Krian dan Rh. Daniel, Kawit Bunsi, Krian bermula semalam (18 Mei) hingga 31 Mei sementara PKPD di Rh. Bantan, Sg Langit, Betong; Rh. Empaling, Jelang, Betong dan Kampung Hulu, Spaoh, Betong akan bermula hari ini (19 Mei) hingga 1 Jun.
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga telah mengisytiharkan dua kluster baharu iaitu Kluster Hulu Spaoh dan Kluster Jelang di Daerah Betong.
Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 84 kluster dengan 12 kluster telah merekodkan 77 penambahan kes baharu manakala 72 kluster tidak merekodkan penambahan kes.
Terdapat lima kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 230 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 18 2021
Semua pekerja dikesan positif pada Selasa semasa sedang menjalani kuarantin di Offshore Transit Centre sebelum dibenarkan melapor diri di pelantar. - Gambar hiasan
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.