awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID: Kluster Pasai penyumbang terbesar kes positif di Sarawak

Bernama
Bernama
06/02/2021
20:29 MYT
COVID: Kluster Pasai penyumbang terbesar kes positif di Sarawak
Daripada 25,500 individu yang telah disaring di dalam Kluster Pasai, 22,250 didapati negatif manakala 962 masih menunggu keputusan makmal. - Gambar fail
KUCHING:Setelah hampir sebulan, kluster Pasai yang mula dikesan di Sibu pada 9 Jan lepas terus menjadi penyumbang terbesar kes positif COVID-19 di Sarawak dengan penambahan 77 kes positif dilaporkan semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata penambahan jumlah kes positif itu menjadikan jumlah keseluruhan melibatkan kluster berkenaan kini meningkat kepada 2,288 kes.
"Seramai 25,500 individu telah disaring di dalam kluster ini dan 22,250 didapati negatif manakala 962 masih menunggu keputusan makmal," menurut kenyataan berkenaan semalam.
Sementara itu, JPBN memaklumkan terdapat 185 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif akibat virus itu di negeri ini meningkat kepada 5,457 kes.
Selain itu, sehingga semalam terdapat 14 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes positif
#COVID-19
#kluster
#Sibu
#Pasai
#Sarawak
#negatif
#Makmal
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan