awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID Trace mudahkan proses jejak kontak rapat individu positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2020
13:03 MYT
COVID Trace mudahkan proses jejak kontak rapat individu positif COVID-19
Aplikasi COVID Trace dibangunkan sebagai persiapan mengekang gelombang kedua COVID-19 - Foto covidtrace.sarawak.com.my
Kerajaan negeri Sarawak dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn.Bhd (SAINS) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) membangunkan aplikasi COVIDTrace bagi mengekang penularan COVID-19.
Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan proses menjejaki kontak rapat positif COVID-19 di negeri itu seterusnya memutuskan rantaian jangkitan.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, pembangunan aplikasi ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Sarawak bagi membendung gelombang kedua COVID-19 di negeri itu.
Aplikasi ini bagaimanapun katanya memerlukan penyertaan seramai mungkin warga Bumi Kenyalang bagi membolehkan setiap pertemuan dapat dijejaki.
“Saya menyeru kepada semua warga Sarawak untuk memuat turun aplikasi COVID Trace.
"Apabila ramai yang memuat turun aplikasi ini bermakna semua maklumat lokasi akan mudah dikesan dan disimpan dalam telefon pintar selama 21 hari.
“Sekiranya seseorang individu itu didapati positif maka ini akan memudahkan pihak berkuasa untuk melakukan pengesanan dan akan memaklumkan kepada individu tersebut supaya melakukan saringan secepat mungkin,” ujarnya ketika sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Jumaat.
Aplikasi COVID Trace boleh dimuat turun di aplikasi Google Play Store dan App Store.
Topic Berkaitan
#aplikasi pintar
#App Store
#AWANI Sarawak
#COVID TRACE
#COVID-19
#google play store
#Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
#Sarawak
#Sarawak Multimedia Authority
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan