awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran tanah gambut: Bayi, warga emas antara mangsa dipindahkan ke PPS
Bomba akan guna helikopter padam kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi
Rakan Muda jadi mekanisme perkasa jawatankuasa di masjid - KBS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1 kes meninggal dunia selepas 26 hari sifar kematian

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
11/07/2020
09:15 MYT
COVID-19: 1 kes meninggal dunia selepas 26 hari sifar kematian
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kes kematian ke-122 (kes ke-8,702) itu merupakan lelaki warganegara, berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Selepas 26 hari berturut-turut negara mencatatkan tiada kematian akibat COVID-19, angka tersebut kembali merekodkan satu lagi pertambahan kes meninggal dunia pada Sabtu yang melibatkan seorang warganegara Malaysia.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kes kematian ke-122 (kes ke-8,702) itu merupakan lelaki warganegara, berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.
“Beliau telah mendapatkan rawatan tradisional beberapa kali sejak 3 Julai 2020 dan kemudiannya ke sebuah hospital swasta pada 9 Julai 2020.
“Beliau segera dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak setelah disyaki positif COVID-19. Beliau kemudiannya disahkan positif COVID-19, kesihatan beliau terus merudum dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 10 Julai 2020 jam 5.49 petang,” jelas kementerian itu dalam kenyataan yang diedarkan pada Sabtu.
Dalam pada itu, kementerian turut memaklumkan, terdapat empat kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,515 kes (97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” tambah kenyataan itu lagi.
Sebelum ini, kematian mangsa ke-121 melibatkan warga tempatan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil yang dipercayai tidak bergejala.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#ICU
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#meninggal dunia
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan