awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,012 jangkitan baharu, empat kematian, Selangor 417 kes

Hilmi Malik
Hilmi Malik
08/12/2020
10:34 MYT
COVID-19: 1,012 jangkitan baharu, empat kematian, Selangor 417 kes
Negeri Selangor mencatatkan pertambahan kes COVID-19 tertinggi dengan sebanyak 417 kes diikuti Sabah (271 kes) dan Johor (108 kes). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan sebanyak 1,012 kes baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik itu di negara ini sebanyak 75,306 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu terdapat tujuh kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini menjadi 10,862 kes,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, beliau berkata, negeri Selangor mencatatkan pertambahan kes tertinggi dengan sebanyak 417 kes diikuti Sabah (271 kes) dan Johor (108 kes).
Beliau turut memaklumkan, dalam tempoh 24 jam juga, terdapat pertambahan empat kematian baharu akibat COVID-19.
Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 388.
Setakat ini juga, kata Dr Noor Hisham, terdapat 126 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh dalam negara pula terus mencatatkan peningkatan dengan pertambahan sebanyak 1,750 kes menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh ialah 64,056.
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#jangkitan baharu
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan