awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 106 varian Delta dikesan, Terengganu catat nilai RT tertinggi - Dr Noor Hisham

Fareez Azman
Fareez Azman
23/07/2021
11:33 MYT
COVID-19: 106 varian Delta dikesan, Terengganu catat nilai RT tertinggi - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 119 kes varian baharu COVID-19 melibatkan varian Delta, Beta dan Alpha dikesan menular di negara ini. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA : Sebanyak 119 kes varian baharu COVID-19 melibatkan varian Delta, Beta dan Alpha dikesan menular di negara ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia melibatkan 106 varian Delta, 10 varian Beta dan tiga varian Alpha.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengenal pasti sebanyak 119 kes varian baharu virus SARS-CoV-2.
"Kesemua 119 kes adalah Variant of Concern (VOC) iaitu 106 kes varian Delta (B.1.617.2), 10 kes varian Beta (B.1.351) dan tiga kes varian Alpha (B.1.1.7)," jelasnya.
Ini katanya menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti varian itu sebanyak 429 kes. Daripada jumlah itu, 409 kes adalah daripada VOC (Varian Yang Membimbangkan) dan 20 kes daripada VOI (Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian).
"Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 189 kes varian Delta, dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta," jelas Dr Noor Hisham.
Mengulas lanjut, beliau turut menjangkakan varian Delta akan menjadi varian dominan melangkaui angka kes dicatatkan varian Beta.
[TERKINI] Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia | 23 Julai 2021
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa kadar kebolehjangkitan COVID-19 negara ketika ini pada tahap 1.07.
Bagaimanapun nilai RT tertinggi dicatatkan negeri Terengganu iaitu 1.44 diikuti masing-masing RT 1.22 di Kedah dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Manakala Negeri Johor pula mencatatkan nilai RT sebanyak 1.20, Sabah (1.19), Pulau Pinang (1.18), Kelantan (1.16), Pahang (1.15), Selangor (1.14), Melaka (1.11), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.09), Negeri Sembilan (1.06), Sarawak (1.04), dan Perak (1.02)
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kuala Lumpur
#KKM
#Kedah
#Pahang
#Putrajaya
#Negeri Sembilan
#nilai
#Kementerian Kesihatan
#terengganu
#kadar kebolehjangkitan
#Malaysia
#COVID-19
#varian baharu
#Varian Delta
#varian Alpha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan