awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 10,959 kes baharu hari ini, terendah sejak Julai

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2021
10:58 MYT
COVID-19: 10,959 kes baharu hari ini, terendah sejak Julai
Ini merupakan angka terendah dalam tempoh lebih dua bulan, sejak Julai lalu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan 10,959 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini merupakan angka terendah dalam tempoh lebih dua bulan, sejak Julai lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,209,194 kes.
Hanya Sarawak dan Johor mencatat angka kes melebihi paras 1,000 dengan masing-masing 2,723 kes dan 1,226 kes.
Selangor pula mencatatkan 979 kes, angka terendah sejak Mei, diikuti Kelantan dengan 983 dan Pulau Pinang dengan 793.
Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 980 pesakit dan daripada jumlah itu, 579 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 16,430 kes.
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.1 peratus.
Manakala selebihnya, 1.9 peratus atau bersamaan 205 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.
Kadar kematian setakat semalam mencatatkan sebanyak 278 kes menjadikan angka kumulatifnya sebanyak 25,437 kes.
Sehingga 27 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,959 kes (2,209,194 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 979 (673,129) Sarawak - 2,723 (201,812) Sabah - 751 (195,015) Johor - 1,226 (191,996) WPKL - 176 (185,278) Kedah - 660 (132,331) pic.twitter.com/5lxmummXMj
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 27, 2021
Pulau Pinang - 793 (127,688) Kelantan - 983 (111,863) Perak - 713 (99,667) Negeri Sembilan - 110 (96,854) Pahang - 739 (62,680) Melaka - 346 (57,473) Terengganu - 691 (53,678) WP Labuan - 0 (9,954) WP Putrajaya - 18 (6,079) Perlis - 51 (3,697)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 27, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes positif
#trend penurunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan