awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 12 kematian baharu direkodkan, 1 BID

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2022
21:45 MYT
COVID-19: 12 kematian baharu direkodkan, 1 BID
Seramai 4,064 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). -Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,952 orang, daripada lebih 2.84 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, satu kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 50,030 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 43,145 individu atau 86.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 4,064 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 2,694 kes dirawat di hospital dan 127 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 57 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 70 lagi memerlukan mesin ventilator.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes kematian
#COVIDNOW
#bid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan