KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan 1,371 kes harian baharu hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 84,846 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Daripada jumlah kes baharu berkenaan, 1,370 kes adalah penularan COVID-19 dalam negara, dan satu kes mendapat jangkitan dari luar negara.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah sebanyak 13,830 kes.
"Selangor masih kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 532 kes (38.8 peratus) di mana 420 kes (78.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 283 kes (20.6 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 260 kes
(19.0 peratus).
"Sebanyak 72 kes (5.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (48 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (22 kes), Kluster Matambai (satu kes), dan Kluster Penjara Kepayan (satu kes)," katanya dalam sidang media pada Isnin.
Dalam pada itu, bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,204 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID19 adalah 70,597 kes (83.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sehingga kini, terdapat 114 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Selain itu, katanya terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah
kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 419 kes (0.49 peratus).
Sementara itu, dua kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. Kluster Solar Ria
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-73,366) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember melalui saringan sebelum pulang ke negara asal.
Sehingga 14 Disember, sejumlah 2,339 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster ini melibatkan sembilan warganegara dan 16 bukan warganegara.
2. Kluster Senu Setia
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Kuala Lumpur.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-83,123) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Disember melalui saringan sebelum pulang ke negara asal.
Sehingga 14 Disember, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19.
Kesemua kes dalam kluster ini merupakan bukan warganegara.
Astro Awani
Mon Dec 14 2020
Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19 hari ini. -Gambar fail
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden berkuat kuasa 4 April
Pelaksanaan pendaftaran produk semula jadi berdasarkan Guideline on Natural Products with Modern Claim telah diluluskan bagi memantapkan sistem kawal selia bagi produk semula jadi di Malaysia.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
KKM sahkan suplemen kesihatan 'Beni Koji Choleste Help' tidak berdaftar
RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai 'Monascus purpureus'.