awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,683 jangkitan baharu, tiga korban, 24 kes dikesan di Perlis

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2021
08:50 MYT
COVID-19: 1,683 jangkitan baharu, tiga korban,  24 kes dikesan di Perlis
Negeri Perlis yang sekian lama mencatatkan kes harian satu digit hari ini merekodkan 24 kes baharu. - Foto Fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,683 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di akaun Twitter peribadinya memaklumkan, negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 746 jangkitan baharu.
Sementara negeri-negeri lain yang turut mencatatkan tiga digit kes COVID-19 hari ini adalah Sarawak sebanyak 201 diikuti Pulau Pinang (172), Johor (158) dan Kuala Lumpur (125).
Sementara Sabah mencatatkan 99 kes, Negeri Sembilan dan Perak masing-masing 48 kes.
Terkini 7 Mac 2021; Jumlah kes COVID-19 dilaporkan adalah 1,683 kes Selangor :746 Sabah :99 Johor :158 WP KL :125 Negeri Sembilan :48 Pulau Pinang :172 Perak :48 Sarawak :201 Kedah :15 Melaka :3 Kelantan :12 Pahang :12 Terengganu :10 WP Labuan : 8 WP Putrajaya :2 Perlis : 24
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 7, 2021
Negeri Perlis yang sekian lama mencatatkan kes harian satu digit hari ini merekodkan 24 kes baharu.
Negeri yang mencatatkan bawah 20 kes adalah Kedah (15), Kelantan dan Pahang masing-masing 12 kes dan Terengganu 10 kes.
Sementara Labuan catat lapan kes baharu, diikuti Melaka dengan tiga kes dan Putrajaya terendah, iaitu dua kes.
Sementara itu, Dr Noor Hisham melaporkan terdapat tiga kes kematian terbaharu dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kematian adalah 1,169 kes.
Jumlah kes sembuh hari ini hampir dua kali ganda dari kes baharu apabila sejumlah 2,506 kes sembuh baharu dilaporkan.
Ia menjadikan kumulatif kes sembuh hingga hari ini adalah 291,958 kes.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kesihatan
#COVID-19
#kes harian COVID-19
#Kes baharu COVID-19
#negeri Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan