awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 17 kluster baharu dikenal pasti oleh KKM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
27/01/2021
12:15 MYT
COVID-19: 17 kluster baharu dikenal pasti oleh KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan pertambahan 17 kluster baharu pada Rabu merangkumi 15 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pertambahan sebanyak 17 kluster baharu pada Rabu merangkumi 15 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.
Berikut perincian bagi setiap kluster tersebut:
KLUSTER PARIT LANJUT
- Melibatkan daerah Muar, Johor. - Kes dikesan positif pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja kilang. - Seramai 1,451 individu disaring, 547 kes positif.
KLUSTER INDUSTRI GRISEK
- Melibatkan daerah Tangkak dan Muar, Johor. - Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil saringan bersasar pekerja kilang. - Seramai 537 individu disaring, 145 kes positif.
KLUSTER JALAN TRUS
- Melibatkan daerah Johor Bahru dan Kluang, Johor. - Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan kemasukan wad. - Seramai 77 individu disaring, 10 kes positif.
KLUSTER JALAN MEDINI
- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor. - Kes dikesan positif pada 15 Januari hasil saringan individu bergejala - Seramai 291 individu disaring, 13 kes positif.
KLUSTER TENGAH TIGA
- Melibatkan daerah Kluang, Johor. - Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan individu bergejala. - Seramai 78 individu disaring, 9 kes positif.
BACA: COVID-19: 3,680 jangkitan baharu, tujuh kematian, Johor rekod 1,069 kes
KLUSTER PENGERANG UTARA
- Melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor. - Kes dikesan positif pada 18 Januari hasil saringan individu bergejala. - Seramai 235 individu disaring, 26 kes positif.
KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN TECOMA
- Melibatkan daerah Kepong, Kuala Lumpur. - Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan bersasar tapak binaan. - Seramai 376 individu disaring, 157 kes positif.
KLUSTER DANAU
- Melibatkan daerah Tititwansa, Kuala Lumpur - Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan pengawal keselamatan. - Seramai 47 individu disaring, 11 kes positif.
KLUSTER JALAN YAHYA
- Melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur. - Kes dikesan positif pada 26 Januari hasil saringan individu bergejala. - Seramai 100 individu disaring, lapan kes positif.
KLUSTER JALAN PUDU
- Melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur. - Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan individu bergejala. - Seramai 152 individu disaring, 13 kes positif.
KLUSTER JALAN MUTIARA
- Melibatkan daerah Petaling, Selangor. - Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan pra pekerjaan pengawal keselamatan. - Seramai 32 individu disaring, kesemuanya positif.
KLUSTER TAPAK BINA TANJUNG
- Melibatkan daerah Kuala Langat, Selangor. - Kes dikesan positif pada 10 Januari hasil saringan bersasar tapak bina. - Seramai 1,252 individu disaring, 46 kes positif.
KLUSTER PERSIARAN PERKILANGAN
- Melibatkan daerah Petaling dan Klang, Selangor. - Kes dikesan positif pada 18 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang. - Seramai 2,121 individu disaring, 19 kes positif.
KLUSTER JALAN SULAMAN
- Melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. - Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan individu bergejala. - Seramai 111 individu disaring, 23 kes positif.
KLUSTER JALAN SERI
- Melibatkan daerah Kinta, Perak. - Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil kes influenza. - Seramai 24 individu disaring, 17 kes positif.
KLUSTER JALAN PENGKALAN
- Melibatkan daerah Kinta, Kerian, Kampar, Perak. - Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil saringan sebelum pulang negara asal. - Seramai 104 individu disaring, 41 kes positif.
KLUSTER BEDAYAN
- Melibatkan daerah Serian dan Samarahan, Sarawak. - Kes dikesan positif pada 20 Januari hasil saringan individu bergejala. - Seramai 112 individu disaring, 13 kes positif.
Topic Berkaitan
#KKM
#COVID-19
#Kluster baharu
#koronavirus
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan