awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 173 kes baharu, tiada kematian dicatat

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2023
22:15 MYT
COVID-19: 173 kes baharu, tiada kematian dicatat
Kes aktif dalam negara menunjukkan penurunan, iaitu sebanyak 9,174 kes dengan 8,845 pesakiact sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes untuk 49 hari berturut-turut.
Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Sabtu susut sedikit kepada 173 berbanding 204 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Untuk Sabtu, tiada kematian direkodkan berkaitan COVID-19, perkembangan sama dua hari berturut-turut.
Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Sabtu kekal di bawah 10,000 kes.
Ia juga turun sedikit kepada 9,174 berbanding 9,220 kes pada hari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 8,845 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Keadaan kekal di mana tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 317 pesakit sedang mendapat rawatan di hospital.
Daripada jumlah itu, 13 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan tujuh pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara turut merekodkan 219 kes sembuh.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes kematian
#KKMNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan