awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1.8 peratus daripada 14,516 kes baharu di bawah kategori 3, 4 dan 5 - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2021
11:34 MYT
COVID-19: 1.8 peratus daripada 14,516 kes baharu di bawah kategori 3, 4 dan 5 - Dr Noor Hisham
Kata Dr Noor Hisham, daripada 14,516 kes hari ini, sebanyak 95 kes iaitu 0.7 peratus iaitu kategori 5 kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1.8 peratus atau 255 daripada 14,516 kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah pesakit dalam kategori 3, 4 dan 5.
Manakala 14,261 kes pula melibatkan pesakit daripada kategori 1 dan 2 yang bergejala ringan, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.
"Daripada 14,516 kes hari ini, sebanyak 95 kes iaitu 0.7 peratus iaitu kategori 5 kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan, 77 kes iaitu 0.5 peratus bagi kategori 4 radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen.
"83 kes iaitu 0.6 peratus pesakit kategori 3 yang mempunyai radang paru-paru, manakala 7,045 kes iaitu 48.5 peratus kategori 2 bergejala ringan dan 7,216 kes iaitu 49.7 peratus adalah kategori 1 tidak bergejala.
"Secara keseluruhannya, 1.8 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 (84 peratus tiada sejarah vaksinasi) dan 98.2 peratus kes pada kategori 1 dan 2 (92 peratus tiada sejarah vaksinasi)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
BACA: COVID-19: 14,516 kes baharu, negara rekod jumlah kematian harian tertinggi
Sebahagian pesakit kategori 1 dan 2 dimasukkan ke hospital disebabkan risiko-risiko lain.
Sementara itu mengulas lanjut, sebanyak 207 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 57 kes di Selangor, 52 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 24 kes di Johor, 19 kes di Kedah, 18 kes di Melaka, 14 kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Pahang, enam kes di Sabah, lima kes di Perak, tiga kes di Pulau Pinang, dan dua kes di Terengganu.
Selain itu sebanyak 33 kluster baharu dilaporkan hari ini, 21 daripadanya adalah kluster tempat kerja.
Johor pula melaporkan tujuh kluster baharu, 20 lagi kluster disytiharkan tamat dan jumlah kluster aktif sebanyak 1,005 kluster.
Kenyataan Akhbar KPK 26 Julai 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia https://t.co/7fsNJFsg62
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 26, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#kluster
#kematian
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kluster tempat kerja
#kategori COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan