Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 19 lagi kematian direkod, empat BID

51641161644_COVIDdiTanahPe.jpg
51641161644_COVIDdiTanahPe.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,532 orang, daripada 2.75 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada 19 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 40,606 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 33,393 individu atau 82.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,460 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 3,469 kes dirawat di hospital dan 284 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 128 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 156 lagi memerlukan mesin ventilator.




Must Watch Video

Advertisement