MALAYSIA
COVID-19: 22 kematian baharu direkod, 5 BID

KKM melaporkan 22 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 22 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,853 orang, daripada lebih 2.8 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lima kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 41,617 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 34,722 individu atau 83.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 4,048 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 2,687 kes dirawat di hospital dan 88 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 88 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 72 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami