awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa
e-Invois fasa 4, STSDS fasa bermula esok, pemangkin reformasi percukaian digital negara
PM Albanese puji semangat rakyat Australia susulan serangan di Bondi Beach
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 22,948 kes baharu, jumlah tertinggi pernah direkodkan

Astro Awani
Astro Awani
19/08/2021
10:50 MYT
COVID-19: 22,948 kes baharu, jumlah tertinggi pernah direkodkan
Selangor masih lagi negeri tertinggi dengan rekod jangkitan harian iaitu sebanyak 7,175 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Angka kes baharu COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu mencatat sejumlah 22,948 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda negara ini adalah sebanyak 1,489,460 kes.
Ini juga merupakan jumlah kes harian tertinggi yang pernah dilaporkan setakat ini.
Pada semalam (Rabu, 18 Ogos), negara mencatatkan sejumlah 22,242 kes jangkitan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi akaun rasmi Twitternya, Selangor merekodkan sejumlah 7,175 kes harian diikuti Sabah, 2,583 kes, Kedah (2,137 kes) dan Pulau Pinang sebanyak 1,655 kes.
Sehingga 19 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 22,948 kes (1,489,460 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 7,175 (538,146) WPKL - 1,439 (160,650) Johor - 1,526 (116,667) Sabah - 2,583 (113,929) Sarawak - 1,206 (92,016) Negeri Sembilan - 556 (86,835)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 19, 2021
"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 255,534," katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 178 lagi kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian ialah 13,480.
Individu yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) seluruh negara pula seramai 1,060 orang, daripada jumlah itu, 528 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 21,720 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 1,220,446 kes.
Status Terkini #COVID19, 19 Ogos 2021 Kes sembuh= 21,720 Jumlah kes sembuh= 1,220,446 Kes baharu positif= 22,948 (9 import) Jumlah positif= 1,489,460 Kes kematian= 178 Jumlah kes kematian= 13,480 Kes dirawat di ICU= 1,060 Bantuan alat pernafasan= 528 pic.twitter.com/DLrDdOM248
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) August 19, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Malaysia
#jangkitan
#pandemik
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan