Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 September 2026.

  1. Pembahagian kerusi PH Melaka selesai, Majlis Presiden akan muktamadkan - Adly Zahari

    Susunan terakhir akan dimuktamadkan selepas perbincangan antara Majlis Presiden PH, PH negeri dan Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari.

  2. UNGA: Malaysia gesa pihak terlibat elak peningkatan konflik di Asia Barat

    Ketegangan yang kian meningkat mengancam beberapa laluan paling penting di dunia bagi tenaga dan perdagangan, termasuk Selat Hormuz dan Bab el-Mandab.

  3. Siti Nurhaliza tepati ramalan, Aisha Retno menang album terbaik

    Siti Nurhaliza menggondol trofi kategori Lagu Terbaik, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon muzik tanah air.

  4. Kematian pelajar: Dipukul sebab vape? Polis terima maklumat, masih siasat

    Polis masih menyiasat kemungkinan wujud unsur buli berhubung kematian seorang pelajar lelaki di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah.

  5. Tahanan rumah Najib: Kutipan bantu bayar denda cecah RM9.25 juta - Ahmad Zahid

    Jumlah itu direkodkan setakat jam 10 pagi hari ini, namun masih belum mencukupi untuk mencapai sasaran ditetapkan.

  6. SPRM sahkan jalan siasatan beberapa isu kerugian UiTM Holdings

    Siasatan itu merangkumi pelbagai isu, termasuk pembangunan projek solar berkapasiti 50 megawatt (MW) di Gambang, Pahang.

  7. JKN Kedah kesan satu kematian kes rabies selepas 28 tahun

    Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan satu kematian yang melibatkan kes rabies dalam kalangan manusia yang dilaporkan di negeri ini sejak 1998.

  8. Banjir Nepal: Keluarga 55 rakyat Malaysia hilang mohon campur tangan PM, gesa moratorium

    Keluarga 55 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan banjir kilat di Nepal bulan lepas memohon kerajaan mempertimbangkan moratorium khusus terhadap komitmen kewangan mangsa ketika waris berhadapan kesukaran mengakses akaun, aset, perlindungan insurans dan mengurus pinjaman mereka.

  9. "Whitening the black spot" diperluas ke seluruh negara - KPN

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang memperluas inisiatif “Whitening The Black Spot” ke seluruh negara secara berperingkat dengan Pulau Pinang menjadi negeri pertama melaksanakan program ini.

  10. Emas keenam! Sivasangari pastikan sasaran kontinjen Malaysia di Aichi-Nagoya tercapai

    PEMAIN skuasy negara, S. Sivasangari, tampil cemerlang apabila menewaskan wakil India, Anahat Singh, pada aksi final perseorangan wanita Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sekali gus menghadiahkan pingat emas keenam buat kontinjen Malaysia.

Must Watch Video

Advertisement