awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 24 kes baharu di Sarawak, Kuching dan Sibu kini zon merah

Nazim Chee
Nazim Chee
10/01/2021
09:46 MYT
COVID-19: 24 kes baharu di Sarawak, Kuching dan Sibu kini zon merah
Kluster Pasai, Sibu menyaksikan penambahan lima kes baharu menjadikan kes keseluruhan bagi kluster ini meningkat kepada 43 kes. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Daerah Kuching dan Sibu telah bertukar dari status jingga ke status merah. Dalam tempoh 14 hari lepas 44 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sibu sementara Kuching 41 kes.
Hari ini 24 kes baharu direkodkan di seluruh Sarawak dengan kes terbanyak dilaporkan di Kuching dengan tujuh kes.
Miri dan Sibu masing-masing lima kes diikuti Sri Aman dengan dua kes.
Sementara itu Bintulu, Samarahan, Sebauh, Selangau dan Serian mesing-masing mencatat satu kes.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 1,275 kes.
Kluster Pasai, Sibu menyaksikan penambahan lima kes baharu menjadikan kes keseluruhan bagi kluster ini meningkat kepada 43 kes.
Daripada 266 individu yang disaring, 35 disahkan negatif sementara 148 lagi masih menunggu keputusan makmal.
Empat lagi kluster yang masih aktif adalah Kluster Keranji, Tabuan dengan satu kes baharu, Kluster Bah Sayap, Miri (2 kes), Kluster Stutong, Kuching (3 kes) dan Kluster Mador, Maradong yang tidak merekodkan pertambahan kes.
Sementara itu, dua kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu satu dari Hospital Umum Sarawak dan satu lagi kes di Hospital Sibu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 1,096 orang atau 85.96 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#Kuching
#Sibu
#Bintulu
#Miri
#kes positif
#kluster
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan