awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jambatan baharu dirasmikan perkukuh hubungan perdagangan Laos-Thailand-Vietnam
Niat selamatkan abang berakhir tragedi
Doktor Tanpa Sempadan beri amaran penularan campak di Darfur, Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 2,882 kes baharu, 26 lagi kematian

Eton Khir
Eton Khir
02/01/2022
11:19 MYT
COVID-19: 2,882 kes baharu, 26 lagi kematian
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,764,354. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 2,882 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,764,354.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 26 lagi kes kematian dengan angka keseluruhan sebanyak 31,513 kes sejak pandemik bermula.
Jumlah itu juga termasuk tiga kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.
Pada 2 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,882 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,764,354 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 2, 2022
Setakat ini, 284 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 156 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, 3,291 jumlah kes sembuh yang direkodkan, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,692,216.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.3 peratus atau 2,833 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.7 peratus atau bersamaan 49 kes.
Dalam pada itu, satu kluster baharu turut dikesan dengan 209 kluster masih lagi aktif sementara 5,925 kluster telah diisytiharkan tamat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#kesihatan
#COVIDNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan