KUALA LUMPUR:Sebanyak 3,499 kes positif baharu COVID-19 direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari 13 Februari menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 261,805 kes dan 51,558 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian hari ini hanya satu kes sahaja penularan import, manakala selebihnya kes tempatan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,345 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,052 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti oleh Johor sebanyak 802 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 511 kes.

“Sebanyak 70 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (46 kes), Tembok Sungai Udang (18 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes),” katanya dalam kenyataan media harian perkembangan COVID-19 pada Sabtu.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 3,515 kes sembuh dilaporkan pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif 209,289 kes atau 79.94 peratus.

“Sebanyak 263 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat lima kematian hari ini dengan jumlah kematian akibat COVID-19 adalah 958,” katanya.

10 kluster baharu direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan kluster sebanyak 972.

1. KLUSTER PERSIARAN SYNERGI UTAMA

- Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Kulai dan Kota Tinggi (Johor)
- Kes dikesan positif pada 11 Februari
- 712 disaring, 220 positif

2. KLUSTER JALAN i-PARK SATU

- Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Kulai dan Johor Bahru (Johor)
- Kes dikesan positif bermula 29 Januari
- 643 disaring, 80 positif

3. KLUSTER JALAN LENGKOK SATU

- Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Johor Bahru (Johor)
- Kes dikesan positif pada 13 Februari
- 151 disaring, 64 positif

4. KLUSTER TAPAK BINA LORONG PEEL

- Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Cheras (Kuala Lumpur)
- Kes dikesan positif pada 13 Februari
- 497 disaring, 187 positif

5. KLUSTER TAPAK BINA JALIL UTAMA

- Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Cheras (Kuala Lumpur)
- Kes dikesan positif pada 13 Februari
- 416 disaring, 123 positif

6. KLUSTER LEBUH KELULI

- Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Klang, Petaling dan Kuala Langat (Selangor)
- Kes dikesan positif pada 29 Januari
- 664 disaring, 132 positif

7. KLUSTER INDUSTRI SELESA

- Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Klang, Petaling dan Kuala Langat (Selangor)
- Kes dikesan positif pada 13 Februari
- 856 disaring, 15 positif

8. KLUSTER PERSIARAN BUNGA TANJUNG

- Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Seremban dan Rembau (Negeri Sembilan)
- Kes dikesan positif pada 6 Februari
- 252 disaring, 55 positif

9. KLUSTER BUKIT TENGAH

- Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Dungun dan Kemaman (Terengganu)
- Kes dikesan positif pada 10 Februari
- 113 disaring, 22 positif

10. KLUSTER JALAN TUN RAZAK

- Melibatkan kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, Cheras, dan Kepong (Kuala Lumpur)
- Kes indeks dilapor positif pada 25 Januari
- 884 disaring, 26 positif


 
Sumber Facebook kementeriankesihatanmalaysia