Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 3,543 kes baharu direkod hari ini

71633607600_Saringan.jpg
71633607600_Saringan.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Negara melaporkan 3,543 kes baharu COVID-19 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif jangkitan dalam negara  kini mencapai 2,776,699.
Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 18 kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 31,609 kes.

Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 253 pesakit dan daripada jumlah itu, 130 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 3,484 kes sekali gus angka kumulatif sembuh ialah 2,705,292.

Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan melibatkan pesakit kategori 1 dan 2, iaitu 3,490 kes atau 98.5 peratus.

Selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4 dan 5 iaitu 53 kes, atau 1.5 peratus.

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir ialah 465 kes dengan tiada pertambahan kes hari ini, manakala kes positif di pusat pemindahan sementara (PPS) pula kekal 15 kes.

Kluster COVID-19 di PPS pula ialah satu kluster, dengan tiada pertambahan kluster baharu hari ini.

Must Watch Video

Advertisement